Tuesday, 11 October 2011

Cikgu Ninja !!!

salam... hari ini aku terasa seperti nak bercerita pasal cikgu kesayangan aku.
die bukanlah sape2.. cuma GPK 1 di skolah . dia seorang guru berdedikasi..

tetapi di hati aku dia adalah seorang NINJA sejati..

kenapa NINJA? kenapa x superman atau ultraman atau supermak atau SAMURAI?

gelaran NINJA diberi kerana kepantasan cikgu tersebut... amat pantas..

pernah sekali tu,, aku panggil cikgu kat pejabat untuk masuk kelas,, takut die lupa,, selepas memanggil cikgu tu,, aku pon beredar ke kelas... keajaiban keninjanan telah terjadi sebab cikgu tu dh ada kat dalam kelas, menulis di papan putih.. sedangkan aku jalan dulu??

ninja x?

cikgu ni juga agak hebat dalam membaling barang2 perkakas di dalam kelas apabila pelajar membuat bising.. tatkala beliau menerangkan tentang empirical formula yg sukar..
kalau dia baling,, mmg tepat ke dahi pelajar..
kalah sume anime2 jepun termasuk naruto dan bleach..

cikgu ni juga bergerak sgt pantas dlm makmal kimia dan kelas... tudung labuh bukan penghalang untuk bergerak sepantas kilat...
jadi,, pelajar juga terpaksa bergerak pantas shingga kelas menjadi tunggang langgang dek kerana sifat NINJA cikgu tersebut...

cikgu ini juga mengajar sepantas guruh.. semua ilmu yg dicurah melantun2 di dalam kelas shingga pelajar terpaksa melompat2 untuk menangkap ilmu tersebut... kadang2 beliau terlalu pantas seperti menaiki LRT sedangkan pelajar baru sahaja menaiki pedati kuda cinderella..

seNINJA mana pun cikgu tu,, pelajar telah berusaha keras untuk memahami stiap ilmu yg diberi..

aku juga telah berazam untuk menjadi NINJA seperti cikgu maka aku boleh digelar NINJA KECIK..

post by: kulat

No comments: