Sunday 25 January 2015

My New Addiction.. More Dangerous Than Cigars..

Kebelakangan ni..
Aku telah dirasuk...
Dengan..

Meme kucing......

Aku bukanlah penternak kucing macam Syaza.

Tapi ak still jadi macam ....

X sememeh bila jumpa kucing...

Jadi,, kebelakangan ni ak sangat rajin search meme-meme kucing kat google..
Aku bukan setakat search.. Aku download...

Aku ulang... aku DOWNLOAD...

Boleh ke kau resist daripada download...
business cat on the move..

reaksi aku bila kena marah

gila lah kalau korang tak AWWWWW

grumpy cat yang legend

See... bukan aku je yang jadi gila....
post by : kulat


Thursday 4 December 2014

WAITING FOR YOUR TEXT MESSAGE IS LIKE....

A simple poem from Kulat.

I've been longing for it,
For your one and only text message,
A second became minutes, then hours, then days, then weeks, then months.
waiting and waiting...
What should I do?
I waited like a stone,
It's so dramatic,
Just like waiting for the meteor to crash down to the earth,
Like waiting for Venus and Mars to become one.

I've been waiting soooo long,
For you to reply my text........... which is.....

WAT PE TUUUUUUU????!!!

post by : kulat yang dambakan kasih sayang syaza

Monday 15 September 2014

Kehidupan Yang Salah di Universiti atau Institut Pengajian

Di petang yang hening ni aku nak berbicara mengenai masalah remaja-remaja di universiti ini.
Termasuk diriku yang kudus dan hina ini.

Aku tak kisah laa kalau kau asal datang bilik orang, tibai makanan orang. stok setahun dia jadi seminggu lepas ko visit. Ingat raya ke apa nak makan banyak2? Sebenarnya aku pun macam tu juga. Aku selalu begging makanan sedap bila gi bilik kawan2. Diorang dah hulur, takkan nak tolak?

Ya.. Aku berwawasan... Sebab kasi korang pahala sedekah...

jangan samakan aku ngan anjing berikut.

Isu yang aku nak bincangkan tentang tajuk ni adalah 3K DI UNIVERSITI.
3K tersebut ialah KELAS, KAFE dan KATIL..

Faham x? Get the idea? Haa.....
Budak-budak U ni.... Dia pikir,,,

Gi kelas,, cari makanan kat kafe,, then tido....

Asal aku tanya... Ko gi mana lepas makan?

"Tidur laaa.. Hang ni x penat kaa??"

Eleh... Kelas pegi baru satu jam... Tapi penat dia macam ko dah buat sepuluh assignment dalam masa satu jam... Haaa... Rasa bersalah kan?

Haaa tuuu dia...
Bila ditanya kenapa suka tido jawapannya

"Tidur boleh mengurangkan berat badan"

Hmm...
Orang camni aku patut tembak jer.
Kesimpulannya, jangan biarkan hidup anda kosong tanpa pengisian...

Post by : Kulat yang sentiasa mengulat dalam bilik




Monday 25 August 2014

Making Stories : Present Tense or Past Tense ?

okay2... jangan takut.. muka tu dah gelabah dah aku tulis title bahasa inggeris... aku masih Melayu tulen. Gundah gulana korang. heheheehhe

So, for the past few days. I've been writing a fanfic. Yeah, I did this a lot.

I wrote from 12.00 a.m. until 4.00 a.m.

Basically, I'm a rotten owl.

heheheheheh.. U must be wondering..

"what kind of story did this minah wrote?"

"this pimple girl, can she really writes?"

hey you hey you. how dare. do you think I'm just a simple human who lies on bed and doing nothing? (basically, i did that everyday) Ptuiiiiiiihhh..

So,,, while I was writing... yesterday... I thought...

"should i write it in present tense or past tense?" 

This problem only emerges during test and now I'm bringing the test home with me.

After 30 minutes of being devastated and stupid thinking about this matter..

I decided to sleep...

In the end,, I used past tense. My lecturer once said that you can actually use both for stories...

kalau nak cari fanfic saya cari kat www.asianfanfics.com

cari dengan nama twitter saya... ehhehehehehehehe (malu laaa)

P/s : hey syaza.... aku yakin dengan kau... hahaha...

semangat syaza !


post by : kulat

Friday 15 August 2014

Tajuk---------> buatlah sendiri malas!!!

salam~
heiya!

wahhhh
kesian nye blog ni...
bagaikan hidup tak mau mati mau~
sadis gile...haha

harini saje je post..tgah bad mood sbnarnye ni
perasaan dalam keadaan gundah tambah gulana
jiwa pulak macam tehuyung hayang macam pemandu mabuk

haih ape citaaaaa??
mesti korang tertanya2 (korang?? sapekah??)
*acahacahadapembacategar*

keputusan upu dah kluar masalah aku bukan tak dapat tapi
dapat tempat dan kos yang sangat jauh bak hang dari mimipi indah aku...hurmmmm
kene fly...fly away like burung gagak...
sarawak kos jururawat..
yer saya banyak tanya pendapat org antaranya
1 . org yg kakak nye dulu dpat u situ tapi kos lain
2. org yang anak kepada jururawat (kulat)
3.org yg kakaknye seorang jururawat
4. kawan2
5.org yang banyak pengalaman hidup (myfather n mother la sape lagi)
6.org yang lahir lagi awal dri aku (my brother n sistar*bkankpop*)

ada yang cakap "sampai bila ko nak hidup senang je, kene la belaja berdikari sikit"
ada juga yang "apa salahnye sekali sekala belajar jauh"
ada juga yang siap cakap "wow... fly...away fly away~"
"kau kene cuba dulu baru tahu"
"ape2 hal ko buat aku sokong kau"
"pikirlah baik baik2"
"kalau tak minat susah jugak weh"
"best ape nurse... aku mintak nurse x dapat"
at last
"kitaorg cuma bagi nasihat je"
tulah antara komen2 nye
mereka hanya kenal aku sebagai kawan

 tapi ini komen orang yang hidup dgan aku yang melahirkan aku yang jaga aku susah dan senang
"umi suka je anak umi jadi nurse, tapi awak boleh tahan ke tengok darah sume?"
"abi pernah dengar nurse keje shift awak sanggup ke basuh berak kencing org sume? abi tgok awak ni tgok tikus mati pon takut karang tgok mayat berulat macamna? dahla jauh nanti belajar"

aku still pening sbnarnye.. aku tak tahu kemampuan aku...semua komen dorang tu betul aku setuju sangat..
tapi yang tanggung nanti kan aku juga...yang sakit yang pening yang stres pon aku jugak...

sekarang hanya berserah dan redha kepada allah
semoga allah buka jalan untuk aku buat kputusan...
aminn
sekian~

-syaza-
*pening pikir kalau pergi sarawak macamna nak bawak bantal busuk..hehe*
LOL~~

Friday 25 July 2014

Hujung-hujung Ramadhan






assalamualaikum daun keladi semua.

Ni dah hari ke berapa ntah kita berpuasa.

Juga hari ke berapa ntah plan aku ponteng puasa dengan mencuri biskut chipsmore x menjadi kerana aku bukan insan sebegitu.
(statement yang tidak diperlukan)

Jadi,, semalam aku bawa seorang akak di tempat kerja aku gi beli KFC. seronok aku tengok dia kunyah cheesy wedges. tergugat.
muka aku time akak tu makan KFC










tapi takpe la. akak tu ada gastrik. dia memang tengah datang bulan pun. aku memahami. tapi still laa..

nak sikit












tapi dah kenapa aku guna gambar budak2 afrika.. kesian diorang tak dapat pon makan. kita plak yang sihat, hidup dalam malaysia yang kaya dengan makanan, asyik mengeluh time puasa. what the heck man ? semalam juga aku nampak sekumpulan budak melayu LELAKI singgah drive through. aku cuba bersangka baik
" diorang mesti bungkus untuk berbuka nanti" tapi bila aku tengok jam pukul 1.00 tengah hari..

muka aku terus penuh gusar













apa nak jadi mereka ni..

post by : kulat yang saspen dengan syaza yang tukar2 password.



Friday 10 January 2014

Istilah - istilah Bosan Budak-Budak Zaman Sekarang.

Bila maklumat di hujung jari,, bahasa pon dihujung bibir mereka.

SI BOSAN : Weyyyyhhhh. aku pishang la dalam bilik...

Hmm....
kenapa mesti pishang ? bukan jambu atau tembikai atau kuini? satu penghinaan bagi pisang.. dah la eja dengan penambahan huruf "H"..  jadah apa...
sapa yg buasir boleh la makan pisang.. dia boleh bagi lawas..


SI BOSAN 2 : Weyyyyyhhh.. petak aku dalam bilik...

Hmm.... petak...

aku still x tak faham kenapa mesti petak... aku tak faham sehingga ke tahap aku nak bakar kolej aku sebab senior asyik nak suruh masuk aktiviti..  walaupon takde kene ngena ngan petak..

aku memang tengah takde idea sekarang ni tapi aku memang tak puas hati kepada mereka-mereka yang menggunakan ayat2 tersebut.

post by : kulat